Honor Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mula menjual Honor View20 untuk pasaran tempatan. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan salah satu telefon pintar mercu daripada Honor, dan ditawarkan pada harga kompetitif bermula RM1999.

Honor View20 merupakan peranti terawal Honor yang hadir dengan rekaan skrin berlubang – menggantikan penggunaan takuk. Dengannya, ia menawarkan panel paparan yang lebih besar dan pengguna tidak begitu terganggu dengan penggunaan bar hitam yang biasanya terdapat pada peranti yang menggunakan takuk.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 48-megapixel yang dilengkapi sokongan sensor TOF 3D. Menggunakan sensor berkenaan, pengguna boleh memainkan permainan seumpama menggunakan Kinect pada Xbox, selain pada masa yang sama menggunakannya dalam membuat rakaman bersama kandungan 3D tambahan lain.

Dari segi spesifikasi, Honor View20 hadir dengan skrin 6.4-inci dengan paparan HD penuh, dijana cip Kirin 980, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri 4000mAh. Ia menggunakan kamera swafoto 25-megapixel, selain kamera belakang 48-megapixel.

Di Malaysia, ia ditawarkan bermula harga RM1999 untuk versi 6GB RAM, sementara versi 8GB RAM ditawarkan pada harga RM2499.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.