Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia

Share Button

Jika anda tercari-cari kamera yang boleh menghasilkan panorama keliling ataupun kamera untuk ber-Facebook Live secara 360 darjah, Honor VR boleh menawarkan penyelesaiannya. Honor VR adalah kamera berbentuk sfera hasil kerjasama Honor dan Insta360.

DirectD dilihat sudah menyenaraikan produk ini dilaman web mereka pada harga RM599.

HONOR VR CAMERA THE MOST PORTABLE 360-DEGREE CAMERA! Suitable for all android with usb type C. Available in blue…

Posted by DirectD on Sunday, August 13, 2017

Seperti kebanyakkan kamera 360 yang lain, Honor VR memiliki dua sensor yang diletakkan bertentangan antara satu sama lain bersama dua lensa berapertur F2.4.

Kamera ini mampu menangkap gambar bersaiz 3008 x 1504 dan video 2560 x 1280 pada kadar 30 FPS. Selain menjadi kamera 360, ia juga boleh menjadi webcam untuk sidang video Skype.

Honor VR memiliki spesifikasi hampir sama dengan insta360 Air yang sudahpun dijual oleh insta360 pada harga USD129 (~RM553).

Cara menggunakan kamera ini adalah dengan memasukkan kakinya pada port USB telefon sebelum melancarkan aplikasi Honor VR pada Android masing-masing.

Yang pelik, jika kamera sudah disumbat pada port USB telefon, ke manakah kabel pengcas harus pergi untuk membekalkan kuasa terus menerus semasa bersiaran langsung?

[Sumber: DirectD, Insta360]

Lagi artikel menarik…

<!-- --> sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.