Honor X30 Max Malaysia

Honor telah mendedahkan bahawa ia akan mengumumkan dua telefon pintar baru pada 28 Oktober ini iaitu Honor X30 Max dan Honor X30i.

Honor X30 Max bakal hadir dengan skrin LCD yang besar berukuran 7.09-inci FHD+ dengan takuk titisan air untuk menempatkan kamera selfie 8MP di bahagian depan. Untuk kamera utama pula menempatkan kamera utama 64MP dan lensa kedalaman 2MP.

Honor X30 Max juga akan dikuasakan oleh cip Dimensity 900, 8 GB RAM dengan pilihan storan dalaman iaitu 128 GB dan 256 GB. Telefon bimbit ini juga akan dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Ia akan tersedia dalam warna Charm Sea Blue, Titanium Silver dan Night Black.

Untuk Honor X30i pula menggunakan panel FHD+ LCD bersaiz 6.7 inci yang menawarkan kadar penyegaran 90Hz. Ia memiliki kamera selfie 8MP dan tiga unit kamera belakang dengan sensor 48MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman).

X30i menampilkan cip Dimensity 810 dengan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W. Ia akan hadir dalam empat warna seperti Charm Sea Blue, Titanium Silver, Rose Gold, dan Night Black.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.