Maxis kini hadir dengan penawaran baru yang dinamakan sebagai Hotlink Happy Hour, dimana melaluinya Hotlink menawarkan data percuma selama sejam setiap hari yang membolehkan anda membuat apa sahaja termasuk menstrim, melayari web dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk anda yang ingin mendapatkan data percuma 1GB selama sejam ini, anda terlebih dahulu perlu melanggan pakej data mingguan atau bulanan – dan seterusnya menebus data percuma 1GB ini setiap hari melalui aplikasi Hotlink Red.

Hotlink Happy Hour

Pengguna perlu menebus data percuma ini antara 7 pagi hingga 7 petang, dan menggunakan ia dalam tempoh sejam selepas ia ditebus.

Bagi anda yang melanggan pakej data di Hotlink, anda boleh menyemak aplikasi Hotlink RED untuk menebusnya hari ini. Selain penawaran 1GB data percuma selama sejam ini, pihak Maxis juga turut kekal menawarkan data 2GB pada setiap penghujung minggu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.