HP hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih bahagian permainan dibawah Kingston, iaitu HyperX. Dengan pengambil-alihan ini, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan HP dalam ekosistem memfokuskan arena permainan video.

Seperti ramai sedia maklum, jenama HyperX ini antara yang terkenal dikalangan para peminat permainan. HP mengatakan akan membayar $425 juta untuk mengambil-alih HyperX ini.

HP akan mengambil-alih portfolio perkakasan sahaja, sementara Kingston akan terus mengekalkan portfolio DRAM, SSD dan sebagainya dibawah mereka.

Sama-sama kita nantikan integrasi HyperX bersama HP berlaku kelak pada tahun ini selepas melalui pelbagai proses pengesahan pihak berkuasa.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.