HTC Desire 12s Diperkenalkan Dengan Snapdragon 435 Dan 5.7-Inci Skrin

harga HTC Desire 12s Malaysia

Setelah sekian lama menyepi, HTC akhirnya melancarkan model baru di pasaran Taiwan iaitu HTC Desire 12s. Ianya merupakan model mampu milik dengan harga TWD 5990 atau sekitar RM849 di Malaysia.

Bedasarkan spesifikasi yang ditawarkan, HTC Desire 12s dilihat agak mahal dengan harganya. Peranti ini menawarkan skrin bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1440 pixel.

Di dalamnya, ia menggunakan cip Snapdragon 435 dengan pilihan 32GB/3GB RAM atau 64GB/4GB RAM. Ia juga hadir dengan bateri 3075 mAh bateri dan Android 8.1 Oreo.

harga HTC Desire 12s Malaysia

Kameranya hanya ada satu di bahagian belakang dengan lensa 13 Megapixel F2.2. Kamera selfie juga menggunakan lensa tunggal dengan sensor yang sama.

Buat masa ini, HTC Desire 12s hanya ditawarkan di Taiwan sahaja. Pasaran antarabangsa akan menyusur kemudian. HTC Desire 12s dijual dengan harga TWD 5990 untuk model 32GB manakala model 64GB ditawarkan pada harga TWD 6990.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.