HTC Exodus 1s Dilancarkan – Telefon Pintar Rantaian Blok Kelas Permulaan

Tahun lalu HTC Exodus dilancarkan sebagai telefon pintar rantaian blok pertama keluaran pengeluar yang berpangkalan dari Taiwan. Pengguna boleh menguruskan kriptowang yang dimiliki terus dari peranti dengan sistem keselamatan yang tinggi. Semalam HTC Exodus 1s pula dilancarkan dan ia adalah peranti rantaian blok dengan spesifikasi kelas permulaan.

Ia dilengkapi skrin 5.7 LCD HD+, dijana cip Snapdragon 435, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 13-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Walaupun dilancarkan pada bulan Ogos 2019, Exodus 1s masih menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Seperti Exodus, Exodus 1s mempunyai rekaan panel belakang yang menarik dengan corak seakan litar elektronik. Pada panel belakang yang sama terdapat sebuah pengimbas cap jari fizikal. Walaupun ia sebuah peranti kelas permulaan, HTC Exodus 1s dijual pada harga EUR 219 (~RM1023) sebuah. Pembayaran dalam bentuk kriptowang boleh dilakukan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.