Berita Menarik

HTC Link Diperkenalkan Di Jepun – Set-Realiti Maya Untuk Digunakan Bersama HTC U11

Pembaca : 10
0 0

HTC telah memperkenalkan HTC U11 pada minggu lepas, dan kini pada hari ini, di Jepun, pengeluar dari Taiwan berkenaan turut memperkenalkan bersama sebuah set realiti-maya khusus untuk digunakan bersama telefon pintar berkenaan, dinamakan sebagai HTC Link.

HTC Link

HTC Link ini menjadi set realiti-maya pertama daripada HTC untuk digunakan bersama telefon pintar – berbeza dengan Vive yang menawarkan kuasa pemprosesan realiti-maya yang tinggi. Walaupun HTC Link ini beroperasi bersama telefon pintar, tetapi ia juga turut dilengkapi dengan sensor kamera tambahan secara bagi membolehkan pemantauan gerakkan pada keseluruhan enam-darjah – sesuatu yang tidak terdapat pada majoriti set realiti-maya berasaskan telefon di pasaran hari ini.

Melengkapkan HTC Link ini juga adalah dua alat kawalan yang kelihatan seumpama PlayStation VR. Menariknya, walaupun digunakan bersama telefon HTC U11, HTC Link ini juga turut hadir dengan panel skrin khusus dengan kadar segar semula 90Hz.

Buat masa ini, HTC Link ini hanya khusus untuk pasaran Jepun sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran luar atau sebaliknya.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.