HTC Menyertai Konsortium VirtualLink – Peranti Realiti Maya Vive Akan Datang Mungkin Hanya Memerlukan Satu Kabel Sahaja

Konsortium VirtualLink ditubuhkan beberapa bulan lalu untuk memudahkan pemasangan dan penggunaan peranti realiti maya kepada komputer melalui satu kabel sahaja. Konsortium tersebut, yang terdiri daripada ahli-ahli seperti Oculus, Valve, AMD, NVIDIA dan Microsoft bakal mendapat satu lagi ahli baru: HTC.

HTC dan Valve bekerjasama untuk mencipta HTC Vive, dan ia merupakan salah sebuah peranti realiti maya yang paling popular di pasaran sekarang.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebab utama konsortium ini ditubuhkan ialah untuk memudahkan pembina peranti realiti maya ini untuk menyambungkan peranti mereka ke komputer melalui satu sambungan kabel USB Type-C sahaja.

Kabel VirtualLink ini boleh menyokong empat lorong DisplayPort High Bit Rate 3 (HBD3), penghantaran data melalui USB 3.1 dan mengalirkan kuasa sebanyak 27 watt. Walaupun spesifikasi untuk penggunaan kabel ini sudahpun lengkap, buat masa ini, masih tiada peranti realiti maya buat masa ini yang menyokong teknologi ini.

Dengan memasuki Konsortium VirtualLink ini, ia diharapkan bahawa HTC bakal hadir dengan sebuah peranti HTC Vive yang menggunakan satu kabel VirtualLink ini untuk memudahkan pemasangan dan penggunaan peranti mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.