Berita Menarik

HTC U11 Akan Ke Malaysia Pada Bulan Jun, Berharga Seumpama HTC U Ultra Sapphire Edition

Pembaca : 14
0 0

HTC U11 dilancarkan secara rasmi di Taiwan hari ini. Peranti utama ini mempunyai fungsi unik Edge Sense yang mengesan tekanan apabila digenggam. Ini menjadikannya sebagai telefon pintar pertama dengan fungsi seumpama ini. Di Malaysia kami dimaklumkan HTC U11 menyasarkan tarikh jualannya pada minggu kedua bulan Jun akan datang.

Buat masa ini HTC hanya akan menawarkan model dengan memori 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte. Dari segi pilihan warna pula tiga sahaja ditawarkan terlebih dahulu iaitu hitam. biru dan perak. Dua lagi pilihan warna iaitu merah dan putih hanya akan dibawa masuk sekiranya mempunyai minat dari pengguna. Dari segi harga pula sekali lagi kami dimaklumkan ia akan dijual pada harga setanding dengan U Ultra Sapphire Edition – yang mana menawarkan tanda harga RM 2999 di Malaysia.

Jadi, dengan harga penawaran ini, adakah anda akan mendapatkan telefon HTC U11 ini?

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.