HTC U11 Akan Menerima Kemaskini Android Sehingga Tiga Tahun

Sokongan kemaskini versi Android biasanya hanya diberikan selama dua tahun oleh pengeluar termasuk oleh Google. Selepas tempoh tersebut, pengguna yang ingin menggunakan versi terkini perlu mencari alternatif menerusi Custom ROM. Tetapi bagi HTC U11 yang baru dilancarkan minggu ini, sokongan akan diberikan selama tiga tahun.

Chailin Chang, presiden bahagian peranti mudah alih HTC mengesahkannya menerusi temubual bersama Trusted Reviews. Tetapi beliau menambah jaminan sokongan tiga tahun ini masih bergantung kepada kesesuaian perisian dengan spesifikasi peranti di masa hadapan. Sebagai contoh Android Nougat tidak disokong secara rasmi pada peranti yang menggunakan pemproses lama seperti Snapdragon 801. Jaminan tiga tahun ini adalah baik tetapi masih di belakang Apple yang menyokong kemaskini sistem operasi selama empat tahun.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.