TechSemut Malaysia

HTC U11 Diperkenalkan Dengan Teknologi Edge Sense, Snapdragon 835

HTC U11 Diperkenalkan Dengan Teknologi Edge Sense, Snapdragon 835

HTC U11 Diperkenalkan Dengan Teknologi Edge Sense, Snapdragon 835
Mei 16
13:23 2017

Harga HTC U11 Malaysia

HTC baru sahaja mengumumkan smartphone perdana terbaru keluarannya pada satu majlis khas yang berlangsung di Taiwan hari ini.  Model tersebut dinamakan sebagai HTC U11 yang akan menggantikan model premium HTC 10 yang dilancarkan pada tahun lepas.

Selain berspesifikasi tinggi serta reka bentuk yang elegan, HTC U11 membawakan beberapa teknologi baru. Antara yang menjadi tarikan semasa majlis pelancarannya ialah teknologi Edge Sense dimana ia membolehkan mencapai sesuatu fungsi atau aplikasi dengan deria gengaman pada bahagian bingkai peranti.

HTC U11 – Snapdragon 835, 5.5 Inci QHD Skrin, 12 MP OIS Kamera

HTC U11 membawakan rekaan yang begitu elegan yang menyerupai siri HTC U yang lain dengan bahagian belakang yang berkilat dan besinar diperbuat daripada kaca. Ia hadir dengan empat pilihan warna termasuk Brilliant Black, Cosmetic Pink, Ice White dan Sapphire Blue. Di bahgian sisinya pula di kelilingi oleh kerangka logam berserta sensor untuk kegunaan Edge Sense. Tiada 3.5mm jack pada peranti ini dan hanya port USB-Type C digunakan untuk pengecasan dan juga penghantaran data.

Harga HTC U11 Malaysia

Dibahagian hadapan, HTC U11 membawakan skrin sebesar 5.5 inci Super LCD5 dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Skrinnya begitu jelas dan lebih terperinci dengan ketumpatan yang tinggi iaitu sekitar 534 ppi. Paparannya juga dilapisi dengan Gorilla Glass 5 untuk ketahanan yang lebih baik.

Di bahagian dalam, HTC U11 berada sebaris dengan model-model perdana yang lain seperti Samsung Galaxy S8 dan juga LG G6. Ia dikuasai dengan cip terpantas Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 dengan kebolehan CPU 8-Teras. Terdapat dua variasi memori untuk pasaran global iaitu model 64GB/4GB RAM serta 128GB/6GB RAM. Kedua-duanya hadir dengan slot microSD dan juga pilihan Dual-SIM atau SIM tunggal.

Tidak seperti kebanyakan Smartphone yang lain, HTC U11 tidak hadir dengan Dual-Kamera di bahagian belakangnya. Ia hanya dimuatkan dengan lensa tunggal 12 Megapixel, F1.7, PDAF, OIS serta berkebolehan merakam video 4K. Walaupun menggunakan lensa tunggal, HTC U11 berjaya mendapat skor 90 dan yang tertinggi di DXOMARK untuk kameranya mengatasi Samsung Galaxy S8 dan model-model perdana yang lain. Terima kasih pada teknologi UltraPixel generasi ke-3 yang terdapat pada lensa utamanya yang sangat membantu meningkatkan kualiti gambar yang diambil. Bagi yang gemar berselfie, sudah tentu HTC U11 antara yang terbaik dengan kamera selfie 16MP di bahagian hadapannya.

Video Promo HTC U11

Peranti dengan Android Nougat ini juga hadir dengan bateri Li-Ion 3000 mAh yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Antara fungsi lain yang terdapat pada HTC U11 termasuk pengimbas cap jari, sokongan NFC, tahan air dan debu dengan pengiktirafan IP67 dan sebagainya.

Harga HTC U11 di Malaysia dan Tarikh Jualan

Di USA, peranti ini akan mulakan jualannya bermula Jun ini melalui syarikat-syarikat telko. Harganya USD649 (Sekitar RM2810) untuk Unlocked Model. Di Malaysia, sudah tentunya HTC Malaysia akan membawa masuk secara rasmi peranti ini untuk pasaran tempatan yang juga dijangka pada pertengahan bulan Jun ini. Bagi harga HTC U11 di Malaysia masih lagi belum diketahui secara rasmi, namun ia dijangka akan dijual sekitar harga RM2999.

Anda boleh semak di halaman harga HTC terbaru di Malaysia untuk harga HTC U11 apabila ia telah berada di pasaran tempatan kelak.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com