TechSemut Malaysia

HTC U11 Tertiris Melalui Video – Memperlihatkan Rekaan Dan Fungsi Edge Sense

HTC U11 Tertiris Melalui Video – Memperlihatkan Rekaan Dan Fungsi Edge Sense

HTC U11 Tertiris Melalui Video – Memperlihatkan Rekaan Dan Fungsi Edge Sense
Mei 15
18:22 2017

HTC, dari dulu sering dihantui dengan video yang tertiris terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi mereka. Terkini, video telefon pintar HTC terbaru yang bakal dilancarkan pada hari ini, iaitu HTC U 11 telah pun tertiris melalui sebuah video ringkas.

Daripada video yang hadir ini, ia memperlihatkan rekaan HTC U 11 yang sedikit sama seperti HTC U Ultra. Ia menggunakan rekaan kerangka dinamakan Liquid Surface. Tiada sokongan bicu audio 3.5mm, dan ia menggunakan sambungan port berasaskan USB Type-C.

Video ini juga turut menekankan kepada fungsi Edge Sense yang akan disertakan pada HTC U 11. Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti melalui hanya memicit pada bahagian bingkai skrin telefon berkenaan. Pengguna turut boleh menggunakan ciri Edge Sense ini untuk merakamkan gambar dengan mudah, selain mengakses kepada sesuatu aplikasi dengan pantas.

HTC U11

HTC U11 ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 835 dan juga memori 6GB RAM.

HTC bakal melancarkan ia secara rasmi pada petang ini, dimana kita akan mendengar mengenai keseluruhan ciri pada telefon pintar ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com