Adakah dengan pelantikan Joe Biden nasib Huawei akan berubah? Jawapannya setakat ini ialah tidak dengan pentadbiran beliau ingin meneruskan halangan perdagangan yang dikenakan ke atas gergasi telekomunikasi dunia ini. Terkini pihak Suruhanjaya Komunikasi Kebangsaan Amerika Syarikat (FCC) menyenaraikan lima syarikat yang dikatakan mengancam keselamatan negara.

Huawei Technologies Co, ZTE Corp, Hytera Communications Corp, Hangzhou Hikvision Digital Technology Co dan Zhejiang Dahua Technology Co. adalah lima syarikat tersebut. Dengan wujudnya senarai ini, kelengkapan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini tidak boleh digunakan pada infrastruktur telekomunikasi generasi akan datang kerana membahayakan keselamatan Amerika Syarikat dan juga rakyatnya.

Huawei dua tahun lalu menyaman kerajaan A.S kerana tindakan memasukkan mereka ke dalam senarai entiti dikatakan tidak berasas. Sehingga kini menurut Huawei tidak bukti dikemukakan bahawa mereka melakukan intipan bagi pihak Beijing.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.