Huawei Akan Gunakan TomTom Maps Gantikan Google Maps Pada Smartphone

Peta TomTom

Peta TomTom

Sebelum ini Google telah menyekat operasi perniagaannya dengan Huawei yang merangkumi sekatan penggunaan perkhidmatan Google dan Play Store. Oleh kerana itu, beberapa model smartphone terbaru Huawei tidak lagi hadir dengan perkhidmatan Google Play. Kini Huawei nampaknya cuba mencari alternatif untuk beberapa aplikasi penting pada smartphone. Untuk aplikasi navigasi dan pemetaan, Huawei bakal menggunakan aplikasi TomTom bagi menggantikan Google Maps.

Menurut Reuters.com, TomTom telah memeterai perjanjian dengan Huawei dimana smartphone Huawei akan datang akan menggunakan perhidmatan pemetaan dan navigasi dari TomTom.

Bagi anda yang masih belum tahu, TomTom merupakan penyedia sistem pemetaan dan navigasi yang terkenal. Sistem navigasinya banyak diapasang pada kereta dan juga pengangkutan awam. TomTom juga popular dikalangan penggunakan smartphone dimana ia merupakan alternatif terbaik kepada Google Maps dan juga Waze.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.