Huawei AppGallery adalah gedung aplikasi tersendiri daripada Huawei. Gedung aplikasi ini sudah lama ada di peranti-peranti EMUI dan MagicUI, tetapi disebabkan sebelum ini ada sokongan Google Play Store – AppGallery tidak begitu diambil berat. Selepas peperangan perdagangan Amerika dan China, Huawei tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan GMS. Jadi mereka mula fokus pada ekosistem EMUI seperti AppGallery, sistem sekuriti tersendiri dan banyak lagi mirip GMS dalam pakej HMS – Huawei Mobile Services.

AppGallery tidak diminati ramai kerana jumlah aplikasi yang terhad. Kemudian dengan kaedah pembayaran yang mencurigakan, antaramuka yang tidak mesra pengguna – ia membuatkan orang ramai beralih ke peranti dengan GMS. Baru-baru ini, Huawei telah mengemaskini gedung aplikasi mereka dengan antaramuka serba baharu. AppGallery kini mirip Apple App Store. Ia mempunyai tab khas untuk aplikasi yang diketengahkan mungkin akan diminati pengguna. Ia turut dipaparkan dalam bentuk cards, ada cards artikel mengenai aplikasi, permua, ada juga ulasan dari pakar dan banyak lagi.

Antaramuka seperti ini dilihat akan menarik perhatian ramai, kerana mudah digunakan dan susun atur juga menyenangkan hati. Tetapi buat masa ini, AppGallery baharu ini terhad kepada pengguna terpilih. Tab untuk permua sahaja turut disertakan seperti Apple Arcade.

Kemaskini AppGallery baharu ini dilihat diedarkan kepada pengguna-pengguna di negara-negara Eropah seperti Portugal, Belgium, Ireland, Switzerland, Austria, Ukraine, Lithuania, Hungary, Lichtenstein, Spain, France, UK, Italy, Germany, Poland, Turkey, Romania, Republik Czech, Bulgaria, Sweden, Finland, Norway, dan Denmark.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.