Pada hari ini, jenama Huawei sedia popular dikalangan para pengguna seluruh dunia melalui penawaran telefon pintar mereka. Dengan kejayaan arena telefon pintar, dan menduduki tangga kedua, pihak Huawei dilihat turut ingin memasuki penawaran peralatan elektronik yang lain.

Terkini, mengikut beberapa sumber, Huawei dikatakan bakal memperkenalkan sebuah paparan pintar (televisyen?) seawal April 2019 ini. Walaubagaimanapun, ia akan ditawarkan terhad untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Paparan pintar ini dijangka memfokuskan penggunaan pada ruang tamu, selain pada masa yang sama mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri dan menjadi hab sosial dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan April ini untuk pengenalan paparan pintar daripada Huawei.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.