Huawei Carnival Akan Diadakan Pada 9 Dan 10 Jun – Menawarkan Hadiah Bernilai Lebih RM6 Juta

Huawei adalah salah satu jenama pilihan ramai pengguna ketika membeli telefon pintar, malah Huawei sendiri menyediakan pelbagai pilihan peranti bergantung kepada harga dan penawaran yang anda perlukan.

Huawei Carnival Malaysia

Kini, dalam usaha terus menarik pengguna beralih ke jenama Huawei, dan pada masa yang sama menaik-taraf kepada peranti terkini, Huawei Malaysia menganjurkan Huawei Carnival untuk dua hari – 9 dan 10 Jun 2018 ini.

Untuk Huawei Carnival ini, mereka akan membuka 20 hotspot di seluruh negara untuk membolehkan pengguna mendapatkan peranti Huawei, selain 4 platform e-dagang terkemuka tempatan – termasuk VMall, Lazada, 11Street dan juga Shopee.

Pengguna yang membeli peranti Huawei pada Huawei Carnival ini boleh menyertai cabutan khas yang membawa kepada hadiah berjumlah lebih RM6 juta – termasuk 20 kereta Perodua Axia, 60 unit Huawei Mate 10 Porsche Design, dan pelbagai hadiah ganjaran yang lain.

Seperti biasa, bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkan telefon pintar Huawei, mungkin anda boleh berkunjung kepada hotspot berdekatan pada tarikh berkenaan, dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Huawei Carnival Malaysia

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.