Huawei Diharamkan Dari Membeli Komponen Dan Teknologi Dari Syarikat A.S Tanpa Persetujuan Kerajaan

Berita mengejutkan pagi ini ialah Huawei telah diharamkan dari membeli sebarang komponen dan teknologi dari syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tanpa kebenaran dari kerajaan menurut laporan Reuters. Pengharaman ini adalah sama seperti yang berlaku ke atas ZTE tahun lalu yang menyebabkan keseluruhan perniagaan telekomunikasi terpaksa ditutup dengan mendadak.

Huawei Ox Horn CampusPerintah pengharaman ini dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana penjualan teknologi dari syarikat negara tersebut kepada Huawei boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan negara. Pengharaman ini bermakna bukan sahaja komponen fizikal tetapi perisian seperti Android juga tidak boleh dijual tanpa kebenaran dari kerajaan Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Pihak Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai arahan pengharaman ini. Awal tahu ini pihak Jabatan Keadilan A.S (DOJ) memulakan pendakwaan ke atas Huawei kerana dituduh mencuri rahsia teknologi, penipuan perbankan dan menghalang proses pengadilan. Ini menjurus kepada penangkapan ketua pegawai kewangan Huawei, Meng Wanzhou telah ditahan di Vancouver Kanada.

Huawei membalas dakwaan DOJ ini dengan mengemukakan saman balas ke atas pengharaman jualan kelengkapan telekomunikasi mereka di negara tersebut.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.