TechSemut Malaysia

Huawei Dilaporkan Memesan Skrin OLED Dari Samsung Untuk Peranti Mate

Huawei Dilaporkan Memesan Skrin OLED Dari Samsung Untuk Peranti Mate

Huawei Dilaporkan Memesan Skrin OLED Dari Samsung Untuk Peranti Mate
Jun 12
00:51 2018

Minggu lalu kami laporkan Oppo bakal menggunakan skrin OLED dwi-lengkung Samsung untuk telefon pintar terbaru mereka. Ini adalah kerana hanya Samsung mempunyai kepakaran dalam penghasilan panel ini. Hari ini The Bell melaporkan Huawei turut akan menjadikan Samsung pembekal skrin untuk telefon pintar terkini mereka.

Di dalam laporan tersebut skrin OLED sebesar 6.9-inci dikatakan telah dipesan. Ini memberikan petunjuk ia besar kemungkinan akan digunakan pada telefon pintar Mate yang biasanya dilancarkan pada penghujung tahun. Tidak seperti Oppo, Huawei hanya memesan skrin OLED yang rata untuk kegunaan mereka.

Berita pagi ini menjadikan Samsung sebagai pengeluar panel OLED kepada Xiaomi, Oppo, Huawei dan Apple. Apapun yang berlaku kepada jualan Samsung tahun ini, mereka masih boleh mengaut keuntungan atas jualan peranti dari pesaing.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com