Huawei kini dilaporkan telah mula memaklumkan penyedia komponen mereka, diamna Huawei akan mengurangkan tempahan kepada melebihi 60% pada tahun ini.

Menurut Nikkei, Huawei dijangka akan membuat pesanan komponen untuk pengeluaran sekitar 80 juta telefon pintar pada tahun ini – pengurangan drastik berbanding 189 juta telefon pintar pada tahun lepas.

Buat masa ini, Huawei menghadapi masalah dalam mendapatkan cip pemprosesan untuk peranti mudah-alih – sekaligus memberikan impak terhadap pengeluaran peranti mereka.

Beberapa pembekal komponen untuk Huawei diperkatakan telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat supaya dapat terus membekalkan kepada Huawei, namun akses kepada komponen berkaitan 5G masih tidak dibenarkan lagi.

Sebelum ini, dalam mengurangkan impak terhadap perniagaan, Huawei telah menjual dan mengasingkan Honor sebagai entiti tersendiri – sekaligus memudahkan Honor untuk beroperasi seperti sedia kala dan berurusan semula dengan para pembekal komponen.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.