HUAWEI Enjoy 10e Diumumkan Dengan Skrin 6.3-inci, Bateri 5000mAh

Huawei Enjoy 10e Malaysia

Huawei telah melancarkan smartphone mampu milik iaitu Huawei Enjoy 10e untuk pasaran China. Peranti ini menawarkan skrin bersaiz 6.3 inch HD+ dengan takuk kecil diatas untuk menempatkan 8 Megapixel kamera selfie. Di bahagian belakang, peranti ini menampilkan dua lensa dengan sensor utama 13 Megapixel dan 2 Megapixel sensor bokeh.

Huawei Enjoy 10e dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio P35 dengan CPU Octa-Core, 4GB RAM serta 128GB memori tambahan. Slot memori tambahan juga disediakan yang boleh ditambah sehingga 512GB. Untuk bateri, model mampu milik ini bawakan bateri 5000mAh dengan sokongan pengecas 10W. Ia juga menyokong 4G VoLTE, Dual band Wi-Fi 802.11 ac (2.4GHz / 5GHz), Bluetooth 5 dan GPS.

<![CDATA[ ]]>

Spesifikasi Huawei Enjoy 10e

  • Skrin 6.3-inci HD+ Display Dengan Resolusi 1600 x 720 pixels
  • Pemproses MediaTek Helio P35 12nm DenganIMG PowerVR GE8320 GPU
  • 4GB RAM Dengan 64GB atau 256GB Memori Dalaman
  • Platform Android 10 Dengan EMUI 10
  • Kamera Belakang 13MP (Utama), 12MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 8MP
  • Fungsi 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac (2.4GHz / 5GHz), Bluetooth 5
  • Bateri 5000mAh Dengan Pengecas 10W

Huawei Enjoy 10e boleh didapati dalam warna hitam, putih dan hijau dengan harga untuk pasaran China bermula 999 Yuan untuk model 64GB. Model 128GB dijual pada harga 1199 Yuan. Ia mula dipasarkan di China mulai 5 March ini. Buat masa ini tiada maklumat untuk harga dan tarikh jualan di Malaysia.

Write a Comment

view all comments

*