Huawei Kini Mengawal 42 Peratus Pasaran Peranti Pintar Di China

Walaupun Huawei kini sedang berdepan dengan pelbagai isu, khususnya sekatan ekonomi terhadap Amerika Syarikat, jualan peranti mereka di China nampaknya sedang membantu syarikat teknologi tersebut kekal sebagai salah satu daripada jenama-jenama besar peranti global.

Menurut laporan Reuters, jualan peranti pintar mereka di pasaran China telah meningkat secara mendadak sepanjang tahun 2019, dimana pada suku ketiga tahun ini sahaja, syarikat tersebut dikatakan telah menjual sebanyak 41.5 juta peranti, dan ini memberikan Huawei 42 peratus daripada bahagian pasaran peranti di China.

Ini cukup menarik kerana sepanjang tahun 2019 sehingga kini, Huawei sudahpun memasarkan sebanyak 185 juta peranti di seluruh dunia, dimana mereka menampakkan peningkatan keuntungan sebanyak 24 peratus berbanding suku yang sama pada tahun lepas.

Keuntungan besar ini masih belum mengambil kira komponen-komponen 5G yang akan dikeluarkan mereka untuk pasaran-pasaran yang berminat untuk membangunkan rangkaian 5G mereka sendiri.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.