Huawei Malaysia Hadir Dengan Video Acah Untuk Huawei Mate 20

Huawei Malaysia kini dilihat turut telah hadir dengan video acah untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu Huawei Mate 20.

Melalui beberapa video yang diterbitkan menggunakan selebriti tempatan, Huawei dilihat memfokuskan kepada keupayaan cip pemprosesan Kirin 980 yang akan disertakan pada telefon pintar berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Kirin 980 menyertakan sokongan dwi-NPU bersama-sama dengannya, sekaligus menjanjikan keupayaan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan yang lebih pantas.

Dengan kehadiran video acah ini juga, ia sekaligus memberikan petanda yang mana Huawei Mate 20 bakal dipasarkan di Malaysia dalam waktu terdekat – berkemungkinan pada bulan ini juga.

Huawei bakal melancarkan Huawei Mate 20 secara rasminya pada 16 Oktober 2018 ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.