Huawei Masih Yakin Mampu Menjadi Jenama Telefon Pintar No 1 Dunia

Huawei pernah mengumumkan sasaran memintas Samsung untuk menjadi jenama telefon pintar nombor satu dunia menjelang 2020. Tahun lalu mereka mencatatkan perkembangan jualan 33.6% berbanding 2017 sedangkan Samsung dan Apple masing-masing mencatatkan penyusutan pengeluaran. Sasaran Huawei kini terganggu sejak dihalang dari berurusan dengan syarikat dari A.S selepas dimasukkan ke dalam senarai entiti.

Ren Zhengfei, ketua pegawai eksekutif Huawei dalam temuramah bersama CNN kini berkata beliau masih percaya sasaran mereka ini masih boleh dicapai walaupun tanpa bantuan Google. Perbezaannya sekarang ialah Ia akan mengambil masa beberapa tahun lebih lama dari sasaran asal.

Selepas dilarang dari berurusan dengan Google, peranti Huawei seperti Mate 30 Pro tidak lagi hadir dengan sokongan rasmi GMS. Sebaliknya pengguna perlu memuat turun aplikasi menerusi App Gallery yang menggunakan sistem HMS mereka sendiri.,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.