Huawei Malaysia kini telah mengesahkan bersama kami yang mana telefon pintar Huaewi Mate 10 akan memasuki Malaysia pada penghujung bulan ini, iaitu pada 28 Oktober 2017 kelak.

Huawei Mate 10 menawarkan skrin bersaiz 5.9-inci dengan paparan QHD, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 970, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan lensa Leica dwi-kamera belakang gabungan 20-megapixel dan 12-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Di Malaysia, Huawei akan menjualnya pada harga RM2699 bermula 28 Oktober ini.

Untuk Huawei Mate 10 Pro pula, Huawei menyasarkan membawa ia masuk ke pasaran Malaysia sekitar minggu ketiga atau ke-empat November. Harga jualannya tidak diketahui lagi, tetapi dijangka kurang daripada harga Mate 9 Pro tahun lepas yang berharga RM3399.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.