Huawei Mate 10 Pro Akan Hadir Dengan Pena Digital

Huawei Mate 10 akan dilancarkan minggu hadapan dan pasti ramai mahu melihat jawapan Huawei kepada Samsung Galaxy Note 8 dan iPhone X. Hari ini imej terkini untuk Huawei Mate 10 Pro ditiriskan oleh @evleaks dan menunjukkan ia hadir dengan sebuah pena digital.

 Pena digital berbeza daripada stylus seperti S-Pen kerana ia tidak digunakan terus pada skrin peranti. Sebaliknya apa yang dilakar oleh pena pada permukaan kertas akan direkodkan secara digital di dalam peranti. Pena pintar bukanlah idea baru dengan Wacom mempunyai sistem yang serupa.

Ogos lalu selepas Galaxy Note 8 dilancarkan, Huawei menggunakan tanda palang #BeyondTheGalaxy untuk mempromosikan Mate 10. Mungkin pada hemat mereka pena digital adalah lebih berguna berbanding S-Pen. Apa pula pendapat anda?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.