Huawei Mate 10 Pro harga baru

Share Button

Huawei Mate 10 Pro yang mempunyai pelbagai warna termasuk hitam, coklat dan merah jambu kini mempunyai harga baru.

Jika dulu harganya RM3,099, kini Huawei mengurangkannya kepada RM2,699 saja.

Kita imbas ciri pada Huawei Mate 10 Pro ini.

Skrin 6.0 inci Huawei Full-View Display, ditambah 18:9 OLED pada 2160 x 1080 piksel memang mengagumkan.

Skrin OLED pada nisbah aspek16:9 dan menggunakan panel IPS LCD berupaya menampilkan visual dengan warna sebenar yang menawan.

Berbadan aluminium di belakang menjadi perubahan besar yang menyaksikan rekaannya tidak lagi seakan-akan mainan.

Memang cantik dan menggoda manakala penetapan dwikamera atas bawah yang disusuli pengimbas cap jari pula menakjubkan.

Ada pula garisan berkotak secara horizontal di bahagian kamera yang estetik.

Di sebelah kanan terdapat butang suara manakala di bawah terdapat pula port USB-C, sebelah pula mengandungi slot SIM hibrid bagi membolehkan anda memilih antara kad SIM atau microSD.

Ia datang dengan model 128GB bagi storan dan RAM 6GB. Lajunya memang berdesup dan boleh dikatakan pembunuh utama telefon lain di pasaran ditambah sambungan Internet menjadi lebih pantas menggunakan telefon ini.

Terdapat set cip HiSilicon Kirin 970 yang hebat serta gabungan AI menjadikan fon sebenar yang sudah lama ditagih.

Empat `core’ pada Cortex A73 2.36GHz dan empat core lain pada Cortex A53 (1.8GHz) beroperasi cemerlang.

Kapasiti bateri 4000mAh menyamai model Mate 10 serta menyokong cas pantas 4.5V/5A yang mana anda boleh mendapatkan jumlah bateri hingga 35 peratus dalam masa 15 minit saja.

Ia boleh pula digunakan selama setengah hari. Cukup baik terutama jika anda seorang yang sangat aktif.

Antaramuka baru ini mudah guna dan boleh dikatakan bersih. Rekaan antaramuka agak kompak tapi kemasannya memudahkan penggunaan terutama dalam aktiviti harian.

Ciri yang ditunggu, kerjasama dengan Leica memang menghasilkan kualiti cemerlang terutama pada foto pasca rakaman sehingga boleh mengakibatkan jenama `buah’ tewas jauh ke belakang.

Sejumlah 13 senario baru untuk rakaman dan ia boleh mengesan jenis objek dirakam serta dipamerkan sesuatu yang sangat baik.

Dwi ISP untuk pengurangan noise dan prestasi kamera pada pencahayaan rendah sangat membantu. Lensa Summilux-H dengan apertur f1.6; sau sensor RGB 12MP manakala satu lagi 20MP memberi definisi baru fotografi.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.