Imbas kembali, siri Huawei Mate 40 telah dilancarkan secara rasmi sekitar Oktober yang lalu. Dalam perkembangan terkini, Huawei dilihat memperluaskan lagi penawaran model di bawah model yang sama menerusi pengenalan Huawei Mate 40E 5G pula. Ia bagaimanapun , terhad untuk pasaran China sahaja sahaja buat masa ini.

Secara kasarnya, Huawei Mate 40E 5G berkongsi sejumlah spesifikasi yang sama dengan Huawei Mate 40 sebelum ini. Di mana, peranti pintar ini menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, cip pemproses Kirin 9000E dan bateri berkapasiti 4200mAh dengan pengecasan 44W.

Namun begitu, tetapan untuk kamera utama adalah berbeza – Huawei Mate 40E menggunakan sensor sebesar 64-Megapixel (utama) (f/1.9) + 8-Megapixel (telefoto) (f/2.4)+ 16-Megapixel (Ultra-lebar) (f/2.2), sementara itu kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel (f/2.4). Untuk harga, Huawei Mate 40E dijual pada RMB 4599 iaitu sekitar RM2,914 untuk variasi 8GB RAM + 128GB ROM.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.