TechSemut Malaysia

Huawei MateBook X Mengetuai Barisan Produk Windows 10 Baharu

Huawei MateBook X Mengetuai Barisan Produk Windows 10 Baharu

Huawei MateBook X Mengetuai Barisan Produk Windows 10 Baharu
Mei 24
09:32 2017

Huawei tidak begitu menonjol dalam arena PC dan laptop Windows 10 sejak ia memperkenalkan model laptop Matebook tahun lalu. Namun, kini ia memecah kesunyian dengan melancarkan 3 produk baharu, diketuai Huawei MateBook X.

Huawei Matebook X

Huawei Matebook X

Huawei MateBook X Mengetuai Barisan Produk Windows 10 Baharu

Pertama sekali, Huawei memperkenalkan Huawei MateBook X sebagai Ultrabook pertama syarikat tersebut. Laptop 13 inci ini merupakan pesaing langsung kepada Macbook Pro dan mendapat ilham rekabentuk daripada laptop berkenaan. Ciri paling menonjol pada laptop ini adalah pengimbas cap jari yang diintegrasikan ke dalam butang kuasanya, aspek ration skrinnya iaitu 3:2 dan sistem penyejukkan tanpa kipas yang menggunakan bahan pengubah-fasa yang digunakan dalam bidang aeroangkasa.

Matebook X didatangkan dengan pemproses Intel generasi ke 7 Core i5 dan i7, ruang storan 256GB dan 512GB SSD, dan sehingga 8GB RAM. Huawei mendakwa bateri berkapasti 41.4Wh padanya boleh bertahan sehingga 9 jam penggunaan berterusan.

Huawei Matebook E

MateBook E dan D

Selain Matebook X, Huawei turut memperkenalkan tablet terbaharunya digelar Matebook E. Ia telah dipertingkatkan dengan pemproses Kaby Lake Intel Core i5-Y dan m3. Syarikat itu turut mempertingkatkan rekabentuk tablet ini dengan membolehkan tongkatnya berputar sejauh 160 darjah. Bilangan pin Pogo yang diperlukan untuk menyambungkan tablet berkenaan dengan bahagian asasnya juga telah dikurangkan dari tujuh kepada 3 sekaligus menyelesaikan masalah dok yang dilihat pada model sebelum ini.

Terakhir adalah MateBook D, laptop terbesar dalam barisan laptop MateBook. Ia memaparkan skrin 15 inci HD penuh dan pilihan kad grafik Nvidia GeForce 940MX. Ia berukuran 35.8 × 23.9 x 1.69cm dan seberat 1.9kg serta merupakan antara laptop multimedia paling ringan di pasaran.

Berikut merupakan senarai laptop-laptop MateBook serta harganya:

  • Huawei MateBook X (i5 CPU/8GB RAM/256GB SSD): USD1,570
  • Huawei MateBook E (m3/4GB/128GB SSD): USD1,120
  • Huawei MateBook D (i5/8GB/1TB HDD/Nvidia 940MX): USD900

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com