Seperti yang kami laporkan beberapa hari yang lalu, Huawei akan melancarkan komputer desktop pertama mereka di Malaysia dalam masa terdekat. Hari ini Huawei akhirnya mengesahkan MateStation S akan mula dipasarkan di negara kita bermula 20 Mac hadapan.

Huawei MateStation S

Komputer desktop Huawei MateStation S ini hadir dengan cip AMD Ryzen 5 4600Gdan akan ditawarkan bersama skrin 23.8-inci FHD untuk pasaran Malaysia. Turut disertakan ialah RAM DDR4 3200Mhz, storan SSD dan papan kekunci yang mempunyai pengimbas cap jari terbina. Dengan rekaannya yang kompak serta rekaan menara yang elegan, MateStation S ini dilihat dipasarkan kepada pengguna di pejabat. Tiada maklumat mengenai harga dikongsi pada waktu ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.