Huawei sejak setahun dua ini semakin memfokuskan kepada pasaran pengguna – apatah lagi dengan pegangan pasaran peranti mudah-alih oleh Huawei sendiri semakin meningkat dari bulan ke bulan. Terkini, menyedari peminat peranti Huawei di Malaysia yang antara teramai di rantau ini, gergasi dari China berkenaan telah pun membuka kedai terbesar mereka di rantau ini di Pavilion Kuala Lumpur.

Huawei Flagship Store

Huawei Flagship Store

Membawa keluasan sehingga 4476 kaki persegi, ia turut menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkara berkaitan Huawei – daripada membeli peranti, sehinggalah mendapatkan aksesori dan khidmat sokongan.

Pengenalan kedai terbesar ini juga selari dengan pelancaran Huawei P10 yang sudah boleh dipra-tempah sejak beberapa hari lepas di Malaysia. Anda turut boleh menyemak peranti Huawei P10 ini di kedai terbesar Huawei ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.