TechSemut Malaysia

Huawei Mengumumkan Kehadiran Komputer Riba Huawei Matebook D 14 Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen

Huawei Mengumumkan Kehadiran Komputer Riba Huawei Matebook D 14 Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen

Huawei Mengumumkan Kehadiran Komputer Riba Huawei Matebook D 14 Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen
Jun 06
12:41 2018

Di acara pengumuman AMD pada hari ini, AMD telah membuat beberapa pengumuman mengenai peranti-peranti yang akan menggunakan CPU dan APU AMD Ryzen pada tahun ini, dan Huawei merupakan salah satu daripada jenama-jenama tersebut.

Huawei lebih dikenali untuk peranti pintar dan solusi jaringan mereka, tetapi mereka juga pernah melancarkan beberapa laptop dibawah siri Matebook, dan di acara pengumuman AMD tersebut, mereka dilihat mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan laptop Huawei Matebook D 14 yang akan dikuasakan oleh cip pemprosesan APU AMD Ryzen.

Laptop ini hadir dengan paparan skrin 14 inci dengan resolusi Full HD. Ia dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 5 2500U yang juga mempunyai cip pemprosesan grafik RX Vega 10. Ia juga dilengkapi dengan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD sebesar 256GB.

Palam USB Type-C digunakan untuk mengecas laptop ini, dan juga hadir dengan dua palam USB Type-A dan sebuah palam HDMI yang boleh disambungkan ke paparan skrin yang lebih besar.

Buat masa ini, pihak Huawei masih belum mengumumkan bilakah peranti Huawei Matebook D 14 ini akan hadir di pasaran antarabangsa.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com