Huawei Menyasarkan Pengeluaran 270 Juta Peranti Pada Tahun Ini

Minggu ini Huawei mengumumkan telah berjaya mengeluarkan 200 juta peranti. Ini adalah angka jualan yang dicapai 61 hari lebih awal berbanding tahun 2018. Walaupun Huawei kini dihalang dari berurusan dengan syarikat dari A.S, mereka masih yakin dapat mengeluarkan 270 juta peranti sepanjang tahun 2019.

Sasaran yang tinggi ini diumumkan oleh pengasas Huawei Ren Zhengfei di sebuah acara dengan media Eropah baru-baru ini, Tahun lalu menurut angka yang dikeluarkan oleh IDC, Huawei di tempat ketiga selepas berjaya mengeluarkan 206 juta peranti. Samsung (292.3 juta) masih di hadapan diikuti oleh Apple (208.8 juta).

Pada Januari tahun ini, Huawei menyasarkan mereka akan menjadi pengeluar peranti terbesar dengan memintas Samsung. Tetapi dengan halangan perdagangan yang dikenakan, jualan mereka terjejas kerana peranti baharu seperti Mate 30 Pro tidak hadir dengan perkhidmatan Google yang amat diperlukan pengguna di luar China.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.