Huawei Mungkin Akan Mengasingkan ‘Nova’ Sebagai Sebuah Sub-Jenama Berasingan

Huawei pada saat ini sedia mempunyai jenama ‘Honor’ iaitu sub-jenama yang memfokuskan kepada penawaran mampu-milik. Namun mereka dilihat ingin mengasingkan sebuah lagi siri model, menerusi penjenamaan ‘Nova’ untuk berdiri sebagai sebuah sub-jenama berasingan.

Pada beberapa hari lepas, Huawei telah mengumumkan bahawa siri Huawei nova 5 akan dilancarkan pada 21 Jun ini di Wuhan, China. Apa yang menarik, mereka telah mendaftar sebuah akaun Weibo baru dengan penjenamaan ‘Nova’, dengan meletakkan Huawei Devices (Dongguan) Co., Ltd. sebagai syarikat induk jenama ini.

Sebagai persediaan, Huawei telah memperlihatkan logo Nova baru melalui perubahan dari segi typografi. Penjenamaan ini dijangka akan beroperasi seumpama Honor dengan pengoperasian dan strategi yang berbeza berbanding Huawei.

Pada tahun lalu, Presiden Bahagian Produk Huawei iaitu He Gang telah mengumumkan bahawa siri Huawei nova telah berjaya meraih 65 juta pengguna di serata dunia. Dengan jumlah pengguna yang ramai, Huawei telah melihatnya sebagai peluang baru untuk mengukuhkan lagi segmen penawaran peranti mudah-alih mereka.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih di peringkat ura-ura dan tiada pengesahan yang dibuat oleh pihak Huawei. Sekiranya ia benar, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak peranti kelas pertengahan menarik untuk disajikan kepada pengguna.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.