Berita Menarik

Huawei Nova 2 Dan Nova 2 Plus Diperkenalkan Dengan Sokongan Dwi-Kamera

Pembaca : 20
0 0

Huawei hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk peranti dibawah keluarga Huawei Nova mereka, melalui Huawei Nova 2 dan juga Huawei Nova 2 Plus. Melalui siri Nova, Huawei menyasarkan untuk penawaran beberapa ciri-ciri premium, tetapi dengan penawaran spesifikasi pertengahan – lebih kurang sama seperti siri Galaxy A dibawah Samsung.

Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus ini, pihak Huawei dilihat memberikan fokus terhadap sokongan kamera, yang mana salah satu perkara sedikit mengecewakan pada Nova tahun lepas. Kini, melalui siri Nova 2 dan Nova 2 Plus, Huawei menyertakan sokongan dwi-kamera di belakang selain turut menyertakan kamera selfie hadapan 20-megapixel. Huawei Nova 2 dan Nova 2 Plus menggunakan gabungan lensa 12-megapixel dan 8-megapixel di belakang, yang menawarkan beberapa ciri rakaman gambar, termasuk sokongan merakamkan gambar secara potrait, dan juga zoom secara optikal.

Huawei Nova 2

Huawei Nova 2 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.

Huawei Nova 2 Plus pula hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, memori sehingga 4GB RAM, dan juga ruangan storan sehingga 128GB.

Kedua-dua peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan ditawarkan pada harga bermula RMB2500 (~RM1550) untuk Nova 2, dan RMB2900 (~RM1800) untuk Nova 2 Plus.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.