TechSemut Malaysia

Huawei Nova 2 Mungkin Diperkenalkan Pada 26 Mei Ini

Huawei Nova 2 Mungkin Diperkenalkan Pada 26 Mei Ini

Huawei Nova 2 Mungkin Diperkenalkan Pada 26 Mei Ini
Mei 10
21:10 2017

Huawei Nova 2Huawei Nova merupakan keluarga peranti berspesifikasi pertengahan dengan beberapa ciri-ciri premium. Ia telah diperkenalkan pada bulan September 2016 lepas, dan kini pengeluar dari China berkenaan dilihat sudah dalam persiapan untuk memperkenalkan versi baru peranti berkenaan.

Selepas gambar awalnya tertiris pada minggu lepas, kini sebuah gambar hadir ke arena web, memperlihatkan Huawei akan memperkenalkan Huawei Nova 2 pada penghujung Mei ini, iaitu pada 26 Mei 2017.

Mengikut gambar yang tertiris sebelum ini, Huawei Nova 2 dilihat akan menawarkan sokongan dwi-kamera, selain pengimbas cap jari yang terletak di belakang. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 26 Mei ini untuk melihat apakah yang akan diperlihatkan oleh Huawei.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com