Pengeluar telefon pintar Huawei kini muncul dengan telefon Huawei Nova 2i. Peranti dengan skrin bersaiz 5.9 inci dengan paparan 2160×1080 pixel ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659.

Telefon pintar ini mempunyai RAM sebanyak 4GB dan ruangan storan dalaman sebanyak 64GB. Peranti ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menawarkan kamera dwi kamera pada kamera hadapan dan belakang yang akan menghasilkan gambar potrait berkualiti tinggi dengan efek bokeh.

Pada bahagian depan ia menggunakan dwi kamera 13+2 megapixel manakala pada bahagian belakang ia menggunakan dwi kamera 16+2 megapixel.

Peranti dengan dibekalkan dengan kapasiti bateri 3340mAh ini turut mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk tujuan sekuriti dan akses pantas kepada telefon. Selain itu, pengimbas cap jari tersebut boleh digunakan sebagai untuk memudahkan merakam gambar selfie.

Foto: www.vmall.my
Sumber: Huawei Malaysia

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.