TechSemut Malaysia

Huawei Nova 2S, telefon dengan kamera 58 megapiksel

Huawei Nova 2S, telefon dengan kamera 58 megapiksel

Disember 07
16:18 2017
Share Button

Huawei Nova 2S bakal dilancarkan hari ini di Beijing, China dengan beberapa gambar serta spesifikasi mula bocor sebelum acara pengenalan bermula malam nanti.

Evan Blass yang sinonim dengan perolehan maklumat awal menunjukkan tweet bahagian depan Nova 2S warna biru yang mempunyai bezel nipis bersama dwi kamera.

Ruang terhad antara skrin bahagian bawah yang menempatkan butang home juga berfungsi sebagai pembaca cap jari.

TheSkop memperoleh maklumat awal menunjukkan ia mempunyat kamera 20 megapiksel dan 2 megapiksel di depan.

Manakala kamera belakang pula gabungan 20 megapiksel dan 16 megapiksel bersama flash dwi LED.

Skrinnya mempunyai paparan 6 inci HD penuh dengan resolusi 2160 x 1080 piksel pada nisbah aspek 18:9 manakala fon sama siap datang dengan Android 8.0 Oreo dan turut mempunyai bateri berkapasiti 3340mAh.

Ia juga mempunyai prosesor HiSilicon Kirin 960, RAM sebanyak 6GB dan pilihan storan 64GB hingga 256GB.

Warna pilihan seperti dalam gambar dan dijangka dijual sekitar RM1,500.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com