Huawei sedia hadir dengan gambar acah untuk Nova 3 sebelum ini, sekaligus menandakan ia akan dilancarkan pada bulan Julai ini. Kini, selari dengannya, peranti berkenaan turut dilihat telah melalui pengesahan TENAA – sekaligus memperlihatkan beberapa spesifikasi yang akan dibawakan pada peranti berkenaan.

Melalui XDA-Developers yang memetik TENAA, Nova 3 dilihat hadir dengan skrin 6.3-inci dengan paparan bertakuk, dan menariknya dilihat mungkin hadir dengan cip Kirin 970 dan juga memori sehingga 6GB RAM.

Pada masa yang sama, telefon pintar ini juga dilihat akan menyertakan dwi-kamera hadapan 24-megapixel + 2-megapixel, selain kamera belakang 16-megapixel dan 24-megapixel. Nova 3 juga dijangka hadir dengan bateri berkapasiti 3650mAh.

Seperti biasa, ini hanyalah spesifikasi daripada info TENAA – dan masih terdapat kemungkinan yang mana spesifikasi akhir mungkin berubah berbanding apa yang diperlihatkan ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.