Huawei Nova 3 Mula Menerima Kemaskini Night Mode Seperti P20 Pro

Fungsi paling menarik dan tidak dapat ditandingi peranti lain pada Huawei P2o Pro ialah Night Mode. Menerusi mod ini, gambar pada waktu malam boleh diambil dengan lebih terang dan jelas kerana dedahan selama empat saat. Sistem kecerdasan buatan Huawei kemudian akan menghasilkan foto komposit yang memberikan kualiti imej terbaik.

Berita baik bagi pemilik Huawei Nova 3 di Malaysia hari ini ialah, mod ini boleh dimuat turun pada peranti anda hari ini. Ini memberikan fungsi P20 Pro pada Nova 3 yang dijual pada harga yang lebih mampu milik. Selain Nova 3, Mate 10 juga telah menerima mod yang sama pada penghujung Ogos yang lalu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.