Huawei Nova 3 – Peranti Mercu Gaming Pada Harga Mampu Milik

Jenama Huawei kini sedang melonjak naik dan telah menjadi antara jenama yang mendapat pilihan orang ramai semenjak suku ketiga 2018 ini. Menurut laporan daripada IDC, Huawei kini telah menunjukkan peningkatan yang agresif sebanyak 32.9% berbanding tahun tahun sebelumnya. Hal ini kerana, Huawei sangat bijak dalam memenuhi keperluan dan permintaan orang ramai, sama ada dari segi rekaan, spesifikasi ataupun harga yang ditawarkan.

Huawei Nova 3i

Telefon pintar Nova 3 merupakan sebuah model daripada Huawei yang telah ditawarkan dengan spesifikasi yang baik pada harga yang sangat mampu milik. Telefon pintar yang merupakan sebuah peranti mercu ini sudahpun dilancarkan di pasaran Malaysia pada Ogos 2018 yang lalu. Huawei Nova 3 ini dibina dengan prestasi penggunaan yang bagus dan sekiranya anda seorang permain permua, mungkin ini adalah sebab mengapa Huawei Nova 3 ini patut dimiliki.

1. Spesifikasi Peranti Mercu Yang Dapat Memberi Prestasi Penggunaan Yang Baik

Huawei Nova 3

Huawei Nova 3 ini dikuasakan dengan janaan cip pemprosesan yang dibangunkan oleh mereka sendiri, iaitu HiSilicon Kirin 970. Dengan janaan cip pemprosesan ini, ia telah menempatkan telefon pintar ini sebagai peranti mercu sekaligus menjanjikan kelancaran untuk kegunaan pelayar web, media sosial ataupun permainan permua.

Daripada segi rekaan antaramuka, Huawei Nova 3 ini menggunakan antaramuka EMUI 8.2 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo. Antaramuka ini membolehkan anda untuk memilih 9 tema yang telah siap terbina padanya.

Huawei Nova 3

Telefon pintar ini juga menerima sokongan GPU Turbo yang mana dengan sokongan ini, kuasa pemprosesan grafik untuk Huawei Nova 3 boleh ditingkatkan sehingga 60%. Bersama sama antaramuka EMUI 8.2 dengan sokongan GPU Turbo, ia sekaligus dapat melancarkan prestasi penggunaan anda ketika bermain permua tanpa mengalami sebarang masalah lengah masa.

Huawei Nova 3 ini disertakan sekali dengan kapasiti bateri sebesar 3750mAh yang dikatakan mampu bertahan selama 5 hingga 6 jam Screen-on-Time dan boleh dicas menggunakan port pengecasan USB-C.  Dengan sokongan GPU Turbo pada telefon pintar ini juga, penggunaan bateri juga dapat dijimatkan dengan lebih efisien.

Sekiranya telefon pintar anda kehabisan bateri ketika bermain permua dan anda tidak ingin prestasi permainan anda diganggu lagi, anda boleh menetapkan fungsi Smart Power Saving. Fungsi ini dibantu oleh teknologi AI (Artificial Intelligence) dan apabila fungsi ini diaktifkan, ia akan mengutamakan prestasi untuk aplikasi yang sering digunakan oleh pengguna dan mengurangkan prestasi untuk aplikasi yang kurang digunakan.

Saiz memori dan storan yang ditawarkan pada telefon pintar ini adalah sebesar 128GB bersama 6GB RAM. Penawaran storan dan memori ini sekaligus membolehkan pengguna untuk memuat turun pelbagai jenis permua, aplikasi dan perisian. Namun, sekiranya storan sebesar ini masih tidak mencukupi untuk anda, Huawei Nova 3 ini boleh diperluaskan lagi dengan sokongan mikro-SD sehingga 256GB. Jadi, sekarang ia sudah tidak menjadi masalah untuk anda memuat turun pelbagai aplikasi dan permua dengan mudah.

2. Rekaan Skrin Yang Besar Dan Dapat Memberi Paparan Yang Luas

Huawei Nova 3

Huawei Nova 3 ini telah dilancarkan dengan membawakan rekaan skrin 6.3 inci dengan rekaan bertakuk pada bahagian atas skrin. Paparan yang mempunyai nisbah skrin ke badan sehingga 84% ini memberi peluang kepada anda sebagai pemain permua untuk menikmati paparan yang lebih luas dan mendalam sekaligus dapat meningkatkan prestasi permainan anda.

Huawei Nova 3

Rekaan skrin bersaiz besar ini juga membolehkan anda untuk melihat skrin daripada pelbagai sudut berlainan, kerana Huawei Nova 3 ini mempunyai sudut paparan (viewing angle) yang luas.

Dari segi paparan, telefon pintar ini membawakan paparan penuh 18:9 yang bersaiz 5.8 inci. Ia juga dilengkapi dengan panel LTPS IPS LCD dengan penghasilan warna yang lebih menyerlah jika dibadingkan dengan IPS LCD yang biasa.

3. Teknologi Audio Yang Memberi Pengalaman Permainan Yang Lebih Mendalam

Bagi seorang pemain permua tegar, kualiti audio sesebuah peranti juga akan mempengaruhi pembelian pengguna. Hal ini kerana audio yang baik akan memberi pengalaman permainan yang lebih mendalam, sama ada digunakan untuk berkomunikasi dengan pemain lain atau mendengar bunyi di persekitaran permainan.

Bagi, Huawei Nova 3, telefon pintar ini dibina dengan teknologi audio yang cukup memuaskan untuk seseorang pemain permua. Teknologi yang disertakan ini dapat menawarkan bunyi 3D yang sangat luas dan memberi pengalaman bunyi sinematik daripada kawasan sekeliling permainan.

Mikrofon dan pembesar suara yang disertakan pada Huawei Nova 3 ini juga tidak mempunyai sebarang masalah apabila diaktifkan. Fungsi ini juga dapat menghasilkan dan menghantar audio yang jelas dan kuat. Tetapi sekiranya anda inginkan pengalaman bunyi yang lebih mendalam, anda boleh sambungkan fon telinga atau fon kepala yang menggunakan bicu audio 3.5 mm.

Namun, sekiranya anda menggunakan fon telinga nirwayar, sambungan Bluetooth untuk menyambungkan audio kepada fon telinga ini juga tidak terdapat sebarang masalah kerana sambungan Bluetooth yang disertakan juga agak baik.


Selain rekaan dan spesifikasinya yang sesuai untuk pemain permua, Huawei Nova 3 ini juga hadir dengan sokongan dwi kamera gabungan 16MP bersama 24MP untuk kamera utama dan dwi kamera hadapan yang menggabungkan sensor 24MP bersama 2MP padanya.

Pada bahagian kameranya juga turut disertakan dengan fungsi AR Lens. Fungsi ini membolehkan anda, terutamanya pengguna wanita untuk menghasilkan gambar dengan penuras (filter) karakter emoji daripada Huawei sendiri, dinamakan sebagai 3D Qmoji. Dengan menggunakan fungsi ini, anda boleh menghasilkan gambar dengan pelbagai karakter yang comel.

 

Telefon pintar ini juga telah mula menerima kemaskini mod malam seperti yang terdapat pada Huawei P20 Pro. Huawei Nova 3 ini sudah boleh didapati di pasaran tempatan pada harga RM1699 sahaja untuk model dengan memori 6GB RAM bersama 128GB storan. Telefon pintar ini ditawarkan dengan beberapa pilihan warna, iaitu hitam, merah, Iris Purple, dan Primrose Gold serta boleh didapati di laman rasmi Huawei atau pengedar pengedar rasmi mereka.

Beli : Huawei Nova 3 Di Laman Rasmi Huawei

Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.