Huawei Nova 3e warna baru terdedah?

Share Button

Sebelum ini, sebuah fon menarik, Huawei Nova 3e didatangkan dengan warna biru dan hitam yang cantik.

Namun, TheSkop berjaya memperoleh khabar gembira apabila Huawei dikatakan akan mengeluarkan warna feminin iaitu merah jambu keemasan dalam masa terdekat seperti gambar yang terdedah di bawah,

Model fon Nova 3e dengan storan besar 128GB dijual pada harga RM1,399.

Ia mempunyai kamera depan 24 megapiksel, mantap pula dengan dua kamera belakang 16MP+2MP yang turut menyediakan ciri-ciri menghasilkan rakaman bokeh.

Berdasarkan 96 jenis pengesan wajah, Huawei Nova 3e mampu mengenal pasti wajah anda dan menghasilkan imej swafoto yang baik.

Ia menyokong cas pantas 9V2A yang mengurangkan masa mengecas sehingga 30 peratus sekali lengkap RAM 4GB

Huawei Nova 3e disediakan pada sistem OS EMUI 8.0 di samping paparan FullView 2.0. Anda akan mendapat skrin 19:9 bersaiz 5.84 inci.

Skrin FHD+ menghasilkan resolusi 2280 x 1080 piksel.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.