Huawei Nova 4 Rasmi, Dengan 48MP kamera Utama, 25MP Kamera Selfie

Huawei Nova 4

Perang kamera antara pengeluar telefon pintar tidak pernah tamat. Masing-masing berusaha untuk berikan kamera smartphone yang terbaik untuk pengguna.

Terbaru, Huawei telah lancarkan Smartphone pertenghan yang memiliki 48 Megapixel kamera. Peranti tersebut ialah Huawei Nova 4.

Huawei Nova 4 bukan sahaja menggunakan sensor ber-resolusi tinggi, malah ia memiliki tiga sensor di belakangnya. Dua lagi kamera belakang hadir dengan sensor 16 Megapixel F2.2 dan 2 Megapixel F2.4.

Kamera selfie juga menggunakan sensor dengan resolusi tinggi iaitu 25 Megapixel yang terletak dibucu skrin.

Huawei Nova 4 menawarkan skrin bersaiz 6.4 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2310 pixel dan menggunakan antara muka EMUI 9.0.1 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Huawei Nova 4

Ia juga menggunakan cip Kirin 970 dengan bateri 3750 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W serta ruang memori sebesar 128GB dan 8 GB RAM.

Huawei Nova 4 akan mulakan jualannya di China terlebih dahulu dengan harga rasmi CNY 3400 untuk model dengan 48MP kamera Utama. Untuk model dengan 20MP kamera utama pula dijual pada harga CNY 3100.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.