Huawei Nova 6 Malaysia

Huawei Nova 6 Malaysia

Huawei telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan model perdana dari siri Nova iaitu Huawei Nova 6 5G pada acara yang berlangsung di China, 5 Disember Ini.

Melalui gambar yang tertiris, peranti tersebut bakal hadir dengan dual selfie kamera di bahagian hadapan dan tiga kamera utama di bahagian belakang yang disusun sebaris secara menegak. Sensor yang digunakan masih lagi belum diketahui, namun ia dijangka hadir dengan fungsi OIS.

Peranti yang dikuasai oleh pemproses Kirin 990 cipset ini juga bakal hadir dengan rangkaian 5G SA/NSA, bateri dengan sokongan Huawei SuperCharge 40W dan dijalankan dengan Android 10.

Spesifikasi selebihnya masih lagi belum diketahui. Kita akan mengetahuinya sebaik sahaja pelancaran peranti ini pada 5 Disember ini.

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.