Huawei Nova 6 Diumumkan Dengan Skrin 6.57 Inci, 40MP Kamera

Huawei Nova 6 Malaysia

Huawei Nova 6 Malaysia

Huawei baru sahaja mengumumkan smartphone kelas pertengahan Nova 6 dan Nova 6 5G di China. Ia membawakan skrin bersaiz 6.57 inci dengan resolusi FullHD+ serta memiliki dua lubang kamera pada skrin hadapan dengan lensa 32 MP dan 8MP.

Huawei Nova 6 dikuasai oleh pemproses Kirin 990 termasuk modem Balong 5000 5G yang digunakan pada model Nova 6 5G. Huawei Nova 6 tampil bergaya dengan 8 GB RAM serta pilihan memori sama ada 128 GB atau 256 GB.

Untuk Kamera, Nova 6 Hadir dengan tiga kamera dibahagian belakang dengan lensa utama 40 MP, 8MP lensa telephoto dengan kemampuan 3x optikal zoom serta 8MP lensa sudut lebar.

Huawei Nova 6 Malaysia

Huawei Nova 6 Malaysia

Fungsi lain yang terdapat pada Huawei Nova 6 termasuk pengimbas cap jari di sisi, bateri 4100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W yang disambung melalui USB Type-C.

Huawei Nova 6 dan Nova 6 5G boleh didapati dalam warna hitam, biru, ungu dan merah. Ia berharga bermula 3199 Yuan untuk model 128 GB manakala versi 5G pula dijual bermula 3799 Yuan untuk model 128 GB. Jualan bermula 12 Disember ini di China.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.