Huawei ketika memperkenalkan peranti terbaru mereka, Huawei P10 tempoh hari, mengambil masa yang lama untuk menerangkan mengenai penggunaan warna hijau dan biru dalam telefon pintar mereka. Walaubagaimanapun, ketika pelancaran Huawei P10 di Malaysia, kedua-dua warna berkenaan tidak ditawarkan.

Huawei P10

Kini, selang beberapa minggu, Huawei Malaysia mengumumkan mereka akan menawarkan Huawei P10 dalam pilihan warna Pantone, iaitu Greenary dan juga Dazzling Blue. Kedua-dua pilihan warna ini akan ditawarkan bermula 5 Mei ini – iaitu tarikh sama penjualan Galaxy S8 di Malaysia.

Huawei P10 hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk penggunaan dwi-kamera Leica dibelakang, selain kamera selfie berteknologi Leica dihadapan.

Huawei P10 dijual pada harga RM2499 di Malaysia.

Baca : Ulasan Huawei P10

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.