Huawei Malaysia telah melancarkan tiga telefon pintar terbaharu dibawah siri P10 iaitu Huawei P10, Huawei P10 Lite dan Huawei P10 Plus baru-baru ini.

Huawei P10 Lite adalah peranti berspefikasi rendah dengan paparan skrin 5.2 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 655. Ia hadir dengan RAM sebesar 4GB dan muatan dalaman sebanyak 32GB. Pada bahagian kamera pula, telefon pintar dengan kapasiti bateri sebesar 3000 mAh ini menawarkan kamera hadapan 8 megapixel dan kamera belakang sebesar 12 megapixel.

Huawei P10 pula mempunyai paparan skrin 5.1 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 960. Ia hadir dengan RAM sebesar 4GB dan muatan dalaman sebanyak 64GB. Peranti yang dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 3200 mAh ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan.

Pada bahagian kamera pula, telefon pintar ini menawarkan kamera hadapan Leica 8 megapixel f1.9 dan sistem dwi kamera Leica dibahagian belakang sebesar 20 MP (Monochrome) + 12MP (RGB) f2.2 dengan Penstabilan Imej Optik (OIS).

Huawei P10 Plus pula adalah peranti berkuasa tinggi dengan skrin 5.5 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 960. Ia hadir dengan RAM sebesar 6GB dan muatan dalaman sebanyak 128GB. Peranti yang dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 3750 mAh ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan.

Pada bahagian kamera pula, telefon pintar ini menawarkan kamera hadapan Leica 8 megapixel f1.9 dan sistem dwi kamera Leica dibahagian belakang sebesar 20 MP (Monochrome) + 12MP (RGB) f1.8 dengan Penstabilan Imej Optik (OIS).

Ketiga-tiga telefon pintar siri P10 ini akan berada dipasaran bermula 31 Mac 2017 pada harga RM1299 untuk Huawei P10 Lite, RM2499 untuk Huawei P10 dan RM3099 untuk Huawei P10 Plus.

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.