Huawei P10 dan P10 Plus baru sahaja dilancarkan di MWC. Kedua-dua peranti meneruskan penggunaan sistem lensa Leica yang kini dipertingkatkan. Kamera hadapan pada P10 juga turut menggunakan lensa Leica kali ini. Dengan penggunaan jenama lensa premium harga jualannya tidak boleh dikategorikan sebagai mampu milik. Oleh itu Huawei P10 Lite dihasilkan.
Rekaan serta spesifikasi Huawei P10 Lite tertiris hari ini. Ia dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, pemproses Kirin 655, RAM sebesar 4 Gigabyte, storan 32 Gigabyte, kamera hadapan 8-Megapixel dan kamera utama 12-Megapixel. Pengimbas cap jari terletak pada panel belakang dan ia masih menggunakan port pengecasan MikroUSB. Tiada sistem dwi-kamera dan lensa Leica digunakan pada peranti yang dipercayai akan dilancarkan pada Mac hadapan. Harga jualan pula dipercayai sekitar € 349 (~RM 1639).

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.