Huawei baru-baru ini telah mula menjual Huawei P40 Pro+ di pasaran China secara rasminya. Kini, selain di China, pihak Huawei Malaysia turut telah mula mengacah, mengatakan ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei P40 Pro+ hadir dengan sokongan kamera yang lebih baik berbanding model lain. Ia menyertakan lima kamera utama dibahagian belakang, dimana menyertakan dua sensor dengan sokongan zum optikal, menawarkan sokongan zum optikal sehingga 10x.

Disamping itu, ia juga hadir menggunakan rekaan berasaskan seramik untuk kerangka belakang – sekaligus menawarkan pengalaman lebih premium.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Selain Huawei P40 Pro+ 5G ini, Huawei Malaysia turut akan menawarkan Huawei MatePad Pro 5G untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.